Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama SKFAS dalam bidang sukan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada guru-guru yang gigih melatih dan mengurus pasukan. SYABAS!!
Klik di sini untuk galeri.
SK Fakeh Abd. Samad "Changing the Way Pupils See the Future"
SK Fakeh Abd. Samad sebagai SEKOLAH BERKESAN pada tahun 2015
Sentiasa komited untuk kecemerlangan pendidikan anak bangsa
Generasi ICT pemacu kecemerlangan negara
Kami sentiasa mengalukan kedatangan anda
Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama SKFAS dalam bidang sukan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada guru-guru yang gigih melatih dan mengurus pasukan. SYABAS!!
Klik di sini untuk galeri.
Pada 4 April 2013, SK Fakeh Abd. Samad sekali lagi dikunjungi untuk berkongsi pengalaman pengurusan dan pelaksanaan PBS di sekolah. Tiga buah sekolah menyertai lawatan pada hari ini iaitu SK Sg. Isap, SK Sg. Lembing dan SK Lepar Hilir 1.
Taklimat disampaikan oleh Pn. Hasnita bt. Abd. Halim bertempat di Bilik Gerakan SKFAS. Fail-fail berkaitan juga dipamerkan untuk rujukan.
Lawatan buat kesekian kalinya ini membuktikan kecemerlangan SKFAS dalam pelaksanaan PBS. Syabas diucapkan.
Foto oleh Shamsul dan Shahir. Klik di sini untuk galeri.
Pada 18 hingga 20 Mac 2013 SK Fakeh Abd. Samad telah menganjurkan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA).
Semua murid SKFAS terlibat dengan program tersebut. Antara acara yang dijalankan termasuklah ceramah, pameran dan demonstrasi anjing pengesan.
Diharapkan melalui program tersebut murid-murid akan terdidik untuk menjauhi penyalahgunaan dadah.
Foto oleh Shahir dan Shamsul. Klik di sini untuk galeri.
Pada 17 Mac 2013 satu rombongan daripada SK fakeh Abd. Samad telah membuat lawatan ke SK IJ. Convent Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pengelolaan dan pengurusan Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) di sana. SK IJ. Convent adalah sebuah Sekolah berprestasi tinggi(SBT) dan sekolah contoh dalam PBS.
Banyak pengetahuan baru dan pengalaman berguna yang didapati daripada lawatan tersebut.
Foto oleh Shahir. Klik di sini untuk galeri.
Pada 10 Mac 2013, Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Dewan Terbuka, SK Fakeh Abd. Samad. Majlis dirasmikan oleh ADUN Pulau Manis, En. Khairuddin bin Mahmud.
YDP PIBG, En. Asri bin Abdullah mengambil peluang menyampaikan taklimat mengenai SARANA sekolah yang berkaitan dengan peranan ibubapa.
Cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai kesudian ibubapa hadir pada mesyuarat ini.
Foto oleh Shahir. Klik di sini untuk galeri.
TERKINI
PENGUMUMAN
KALENDAR AKTIVITI APRIL 2013
MUAT TURUN TERKINI
2. Panduan Persekolahan SKFAS 2013
3. Panduan Persekolahan (Pend. Khas) SKFAS 2013
Dikemaskini @ 7.4.2013
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Apr | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||











